Assalamualaikum uols!
Satu berita sedih yang aku terima bila disahkan aku gugur kerana doktor tak dapat kesan denyutan jantung janinku. Allahurabbi..
Kandunganku masa tu 11 weeks.. pagi tu aku perasaan ade spotted sedikit, ku fikir tak ade yang nak diherankan sebab sebelum disahkan pregnant pon memang bermula dengan spotted darah dan pening-pening. Tapi bila 2 3 hari kejap ade darah kejap tade, pelik pon ade kan. Bagitau kat husband, die cakap tade ape-ape, tak payah runsing. Ok, positif lagi..
Namun, malam tu aku rasa sakit perut kejap-kejap and darah pon banyak sikit. Aku dah panik dah.. Risau jugak sebab alahan aku teruk dari pagi sampai malam muntah-muntah sampai tak lalu nak makan. Tu ke sebabnye erk? Ok tak pe, pagi esok pegi klinik dulu.
KEESOKAN harinya, aku pergi klinik Pusat Rawatan Mesra kat Serdang. Jumpa Dr Rahaya, cerita kejadian semalam, pastu die ajak ke bilik sebelah untuk scan perut. Bila dia tengah scan tiba-tiba rasa berdebar sangat, dalam hati berdoa semoga kandungan selamat. Tengah die duk godek perut cari tempat yang boleh nampak clear siket, haa tu diaa janinku..Allahurabbi anakku.. terasa gembira kejap. Akan tetapi, gembiraku tak lama. Sayup kedengaran terdengar Dr Rahaya cakap 'saya tak dapat kesan denyutan jantung nya. Nati saya cuba cari tempat lain.'
Ya Allah, tak dapat ku gambarkan perasaan masa tu sambil husband pegang tangan dan sama-sama berharap Dr akan jumpa denyutan jantung mereka. Tapi Allah lebih sayangkan mereka, ya mereka. Dr cakap aku hamil kembar. Boleh nampak ade 2 janin namun bukan rezeki kami kali ni. Aku kehilangan mereka. Terasa bertakung air mata tapi aku tahan dari jatuh. Dr Rahaya tulis surat, mintak kami terus ke hospital untuk sahkan lagi dengan pakar sakit puan.
Dalam perjalanan ke hospital Serdang, masing-masing berdiam. Aku melayan perasaan sendiri dengan harapan doktor Serdang dapat menidakkan berita yang kami dengar tadi. Makin aku berharap makin sedih hati terasa. Terus aku menangis dan menangis. Doktor hospital Serdang pon tak dapat nak buat apa, mereka pon cakap perkara yang sama, bahawa aku dah kehilangan mereka. Aku disahkan gugur 26/04/2014..
No comments:
Post a Comment