Sunday, 18 May 2014

Miscarriage

Assalamualaikum..


Kehilangan sesuatu yang kita sayangi amat menyedihkan bukan. Namun itu yang berlaku kepada diriku. Ya Allah ku pohon, kuatkan aku untuk menghadapi dugaanMu Allah. Untuk aku terus kuat bersama suamiku walau apa badai melanda, semoga kehidupan kami akan terus disinari cahaya keimananMu Allahurabbi.


Miscarriage..Tiada siapa yang menginginkan ianya berlaku. Setelah disahkan gugur kandungan, doktor memberi pilihan samada d&n atau biar janin gugur sendiri. Aku memilih untuk tunggu. Tapi dalam 2 minggu tak keluar jugak janin, terpaksa la d&c.


Balik je dari hospital, malam tu terus sakit perut! Sakit yang amat, lagi sakit dari segugut! Mungkin ni yang orang cakap sakit nak bersalin kot. Sakit kejap-kejap macam kontraksi. Selang 5 minit sakit. Masa tengah sakit, husband baca Yaasin sambil doa moga dipermudahkan. Darah penuh 1 pad, kena selalu tukar. Bila kat toilet, rasa macam ada benda keluar bawah nih. Panggil husband, itu ke janin nye? Sama-sama tak pasti tapi bentuk macam janin pon ade. So kami pon amik letak dan balut dengan kain putih untuk tanam esok. Tapi perut still lagi sakit cuma dah kurang siket. 


Dari Isyak sampai ke Subuh sakitnya! Tido pon kejap-kejap je. Bila dah pagi, sakit dah kurang so ingatkan dah keluar la janinnya. Plan terus pergi hospital lepas makan. Namun sangkaan kami meleset. Janin belum keluar pon lagi, kantung pon ada lagi. Doktor sakit puan yang scan dan tunjuk sendiri. 'Aah la, kantung pon tak nampak pon semalam', bermonolog sendiri. Doktor cakap jalan dah buka, nak stay ward ke balik? Tapi dia tak galakkan balik sebab jalan dah buka, takut bila darah keluar banyak saya panik pengsan,husband pon tak tau nak buat apa, bahaya jugak kata nya. So bincang dengan husband, kami setuju saya duduk wad dulu. 


Semalaman kene tahan wad, sakit perut pon tak. Darah pon tak keluar banyak, separuh pad pon tak sampai kot. Masa tu ade 6 katil, kebanyakan pon miscarriage jugak. Senasib la, cuma bezanya diorang dah ade 2 3 orang anak, dan aku baru saja nak conceive tapi gagal. Boleh cuba lagi..Insyaallah. 


Sepatutnya lepas Subuh dah kene d&n, tapi doktor mungkin lupa ke apa, tak ade orang pon yang datang ke katilku. Paginya doktor dengan nurse lain datang cek, duk tekan perutku ni, dia kasi ku peluang pulang sebab perut tak sakit, darah pon tak banyak. Yeaahhh!! Rindu kat husband semalaman tak jumpa. Hehehe.. TAPI, doktor kasi date baru. Kalau dalam masa seminggu tak keluar janin, kena datang d&c!


Dan Alhamdulillah, sejuru pulang rumah terasa sakit perut nak buang air besar. Terus ke toilet. Dah abis membuang, tetiba rasa macam ada something nak keluar terus turun dari lubang toilet. Tak lama lepas tu, plup! ada something keluar. Terkejut!! Tengok macam kantung! Allahurabbi. Terus bagitau husband, balik kerja tunjuk kat dia. Memang kantung, janin dalam tu lagi. Kami pon balut dengan kain putih, pastu tanam. Lepas tu mula la aku pantang 2 minggu, dapat MC 2 minggu kan.. Selang beberapa ari, kami pergi klinik Rawatan Mesra jumpa Dr Rahaya mintak dia scan. Alhamdulillah rahimku dah kosong, cuma ada la siket yang kecik je tertinggal tapi tak payah D&C dah kate nya. Dr just bagi ubat antibiotic. Alhamdulillah.



Sunday, 4 May 2014

Kehilangan~

Assalamualaikum uols!


Satu berita sedih yang aku terima bila disahkan aku gugur kerana doktor tak dapat kesan denyutan jantung janinku. Allahurabbi..


Kandunganku masa tu 11 weeks.. pagi tu aku perasaan ade spotted sedikit, ku fikir tak ade yang nak diherankan sebab sebelum disahkan pregnant pon memang bermula dengan spotted darah dan pening-pening. Tapi bila 2 3 hari kejap ade darah kejap tade, pelik pon ade kan. Bagitau kat husband, die cakap tade ape-ape, tak payah runsing. Ok, positif lagi..


Namun, malam tu aku rasa sakit perut kejap-kejap and darah pon banyak sikit. Aku dah panik dah.. Risau jugak sebab alahan aku teruk dari pagi sampai malam muntah-muntah sampai tak lalu nak makan. Tu ke sebabnye erk? Ok tak pe, pagi esok pegi klinik dulu.


KEESOKAN harinya, aku pergi klinik Pusat Rawatan Mesra kat Serdang. Jumpa Dr Rahaya, cerita kejadian semalam, pastu die ajak ke bilik sebelah untuk scan perut. Bila dia tengah scan tiba-tiba rasa berdebar sangat, dalam hati berdoa semoga kandungan selamat. Tengah die duk godek perut cari tempat yang boleh nampak clear siket, haa tu diaa janinku..Allahurabbi anakku.. terasa gembira kejap. Akan tetapi, gembiraku tak lama. Sayup kedengaran terdengar Dr Rahaya cakap 'saya tak dapat kesan denyutan jantung nya. Nati saya cuba cari tempat lain.'


Ya Allah, tak dapat ku gambarkan perasaan masa tu sambil husband pegang tangan dan sama-sama berharap Dr akan jumpa denyutan jantung mereka. Tapi Allah lebih sayangkan mereka, ya mereka. Dr cakap aku hamil kembar. Boleh nampak ade 2 janin namun bukan rezeki kami kali ni. Aku kehilangan mereka. Terasa bertakung air mata tapi aku tahan dari jatuh. Dr Rahaya tulis surat, mintak kami terus ke hospital untuk sahkan lagi dengan pakar sakit puan.


Dalam perjalanan ke hospital Serdang, masing-masing berdiam. Aku melayan perasaan sendiri dengan harapan doktor Serdang dapat menidakkan berita yang kami dengar tadi. Makin aku berharap makin sedih hati terasa. Terus aku menangis dan menangis. Doktor hospital Serdang pon tak dapat nak buat apa, mereka pon cakap perkara yang sama, bahawa aku dah kehilangan mereka. Aku disahkan gugur 26/04/2014..


Sesungguhnya hidup kita pinjaman dari Allah sebelum kita melangkah ke alam akhirat yang kekal. Aku menerima dengan redha walaupun hati teramat sedih dan kecewa, namun perlu aku kuatkan jua untuk-Nya dan untuk suamiku juga.