Tuesday, 10 February 2015

Anniversary - Flora Kafe


Assalamualaikum semua!


Kali nie nak cerita pasal makan malam sempena ulang tahun pertama pernikahan kami di Flora Kafe. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, berkat kurnia dari-Nya setahun sudah kami berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri. And for our 1st Anniversary, we planned a candle light dinner at Flora Kafe, Ampwalk. 


Teruja dan teramat excited rasanya sebelum tiba hari Jumaat, 30 Januari 2015. Of course la, tak pernah ber-candle light dinner lagi sebelum ni kan..Hihihi.. Seminggu sebelum saya dah book awal-awal dengan Mel, manager Flora Kafe. Kene bayar deposit RM 100 dulu baru dia akan setkan date kita. Saya amik pakej makanan kampung sebab husband nak try asam pedas kat situ. Dengarnya ramai cakap sedap. Kek kami tolak sebab kami nak beli sendiri kat Secret Recipe, boleh jimat sikit dan boleh pilih kek yang kita suka.. Kalau amik pakej kemboja, total RM 195.50. Tapi sebab saya dah cakap tak nak kek awal-awal, so dapat kurang jadi RM 165.00.  


Tiba hari anniversary kami, husband kerja half day sebab dinner set jam 8 malam. Tambah pulak dengan jem kawasan KL, memang kena banyak bersabar la haiii.. Lepas Asar kami gerak, dalam kol 5 petang, jam 7 baru kami sampai di Ampwalk, Ampang tu. Memang rasa nak give up jugak bila dalam jem teruk macam tu, tapi kan dah bayar deposit. Rugi la kalau tak pegi kan....


Kami parking kat basement, then terus naik cari Flora Kafe. Dah tau tempatnya, kami cari surau dulu nak solat Maghrib. Tapi sebelum tu singgah Secret Recipe dulu. Pilih 2 jenis slice cake, saya punya chocolate indulgence, husband pilih cheese cake, total RM 15 sahaja. 


Perut pon dah berkeroncong, 8 malam kami terus ke Flora Kafe. Masuk bagitau waiter sana cakap dah booking, bagitau nama then die bawak ke tempat duduk kita. Hurmm memang penuh dengan bunga dan romantik la tempatnya. No wonder ramai yang puji tempat nie. Nampak jugak si Mel kat meja dia, tapi dia tak tegur pon. Review kat blogger lain, kebanyakan cakap dia friendly. But I can't see where is his friendly that night?. Never mind. 


Bila kami dah duduk, waiter sana terus nyalakan lilin kat meja kami. Sambil meneliti suasana di situ, banyak juga la snap picture sana sini dengan husband. Dia pon tersengih gembira je. Tak lama lepas tu, makanan kami sampai. Terus makan! Dah lapar sangat kan makan dengan jem tadi. Hahaha..


Husband cakap memang kaw jugak asam pedas nya.. Sedap. Ada ayam berempah, daging masak kicap, udang masak sambal dengan sayur goreng. Blurrpp! Alhamdulillah, habessss! Hihihi.. Lepas sajian utama, waiter bawak bubur hitam dengan kek. Haa kat sini memang agak KECEWA la sikit. Masa booking kami dah cakap majlis 1st Anniversary. Tapi dekat kek kami dia pacak kertas tulis Happy Birthday??! 


Apapun, walau sedikit kecewa, kami habiskan jugak bubur dan kek tu. Dah bayar, rugi la kalau tak makan kann.. Tak lama lepas tu, ada sorang datang ambil gambar kami berdua. 2 kali je dia ambil gambar dengan DSLR dia. Then terus kami bagi hp untuk snap picture kami. Blogger lain cerita start makan sampai kita keluar ada orang dia akan snap picture. But NOT for us! 


Disebabkan rasa kecewa, abis makan, bayar kami terus balik. Resit pon diorang tak kasi balik. So no proof la, tak boleh snap picture masuk sini. Overall, makanan, hiasan semua ok. Memang tip top! Tapi untuk servis, agak kurang bagi saya. Dari 10, saya boleh kasi 6 sahaja. My advice to others, cerita kita dengan bloggers lain tak kan sama. Don't expect that we can have the same situation like the others. Or else, you will feel disappointed!    


Outside cafe..


                                                   
                                Our table                                                              Desert: Bubur Hitam


Main dishes: Kampung style


Happy je diee....


I pon nak masuk picture gak..


The husband..


The wife..


Cake bought from SR


You & Me


Happy 1st Anniversary!






Wednesday, 28 January 2015

Almost a year!


Salam alaik!


Sedar tak sedar, dah hampir setahun pernikahan kami. Rasa macam baru je semalam majlis nikah! Kehkehkeh.. (Poyos)


Sepanjang tempoh nih, boleh dikatakan banyak jugak la kenangan pahit manis suka duka kami suami isteri. Gaduh-gaduh tak usah cerita la kan. Memang tak boleh nak avoid dah salah faham antara suami isteri. Walhal perkara kecik pon boleh jadi punca, sama-samalah bertolak ansur yer.. Tak boleh nak keras kepala sangat, jual mahal.. Remember your love, appreciate your relationship!


Apapun, tiap pengalaman boleh dijadikan pengajaran dan ingatan agar terus tabah dan berani untuk terus hidup di dunia sementara ini. Ikhlaskan hati, tawakkal kepadaNya.


Hurmm planning untuk 1st anniversary? Mestilah ada... Candle light dinner la kami.. Hihihi.. Tak sabar dah nih, lagi sehari je 30 januari. Nanti i kongsikan ke mane tempat dinner kami k! Chowww..


Monday, 5 January 2015

2015!

Assalamualaikum!


Wahhhh! Dah masuk tahun 2015 dah.. Cepatnya masa berlalu.. #31/01/2015 genap setahun me and cik suami nikah. Tak sangka erk dah setahun.. Alhamdulillah, semoga rumahtangga kami sentiasa diberkati Allah kekal hingga ke syurga. Ameen!


Tahun ni ramai kawan yang dah kahwin bakal jadi ibu. Bestnya! Happy bercampur cemburu kecewa jugak rasanya. Dah 8 bulan lepas keguguran hari tu, belum lekat lagi. Takut jugak kalau ada masalah rahim menyebabkan lambat pregnant ni. Tapi cik suami jenis positif dan sabar orangnya. Dia tak kisah lambat ke cepat, ada rezeki ada la. Teruskan mencuba katanya. Terasa kurang diri bila tak dapat nak bagi zuriat lagi. Cik suami dah masuk umor 32 tahun dah. 


Kekadang bila fikir positif memang tak risau apa. Tapi bila tetiba fikiran negatif datang jadi sedih pulak. Terasa kosong. Yela kan, kerja pon belum dapat ni kan pulak hamil. Kami tetap usaha. Cuma bila time period datang tu rasa kecewa nya. Ada 1 bulan tu period lewat 4 hari. Ingatkan ada peluang. Namun pagi esoknya dah segugut period. Hukhuk..


Sekarang ni kami ambil folic acid tiap hari. Cik suami on off jugak la, kadang makan kadang tak makan. Harapan saya tahun ni dapat conceive untuk hamil semula, nak jadi ummi. Tak dapat tahun ni, tahun depan. Dan depan, dan depan. Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.


And lastly, sampai sekarang pon tak dapat kerja ni macamana? Oh rindu rasa nak kerja, hujung bulan dapat gaji. Hehehe.. Orang lain senang pulak dapat kerja, tapi saya kena usaha lebih lagi. Moga saya tak putus asa. Cuba dan terus mencuba dan mencari...