Assalamualaikum!
Alhamdulillah..
Rancangan kami untuk ke Langkawi tercapai sudah... Our first honeymoon after 8 months..Hihihi.
Boleh dikatakan budget trip la jugak kali nie, cuma part shopping tu memang totally out of list! Hahaha.. Orang kata kalau dah ke Langkawi memang tak sah la kalau tak shopping kat Haji Ismail Group dengan Idaman Suri.. Duit mengalir macam air... Phewww.. Sesape yang hantu coklat dan pinggan mangkuk sudu garfu diwajibkan la ke sana ye... ^_^
Kami drive bergilir dari Kajang ke jeti Kuala Perlis, bertolak 7 pagi sampai jeti kol 2.30 petang. Feri kami kol 3 baru bertolak, so dalam kol 4 kot baru sampai jeti Kuah. Awal-awal memang kami dah booking kereta dengan Kak Erni. Memang murah berbanding dengan yang lain, RM150 kereta viva untuk 3 hari.. Amacam? Ok kan.. Nak sewa kereta dengan dia boleh contact no ni - 0195086386.
Dapat kereta je kami terus cari penginapan kami kat Cenang, T Star Cottage. RM55 semalaman just tempah kat booking.com. Biliknya kecik je tapi okay la kan, sebab niat nak berjalan makan angin bukan nak duk bilik je.. Lagipun, bajettttt.. Hehehe
Memang banyak tempat kat Langkawi ni cuma kami pergi mana yang sempat saja seperti naik Cable Car, Island Hopping, Underwater World, pasar malam Kuah dll.. Tempat makan pon banyak pilihan, so tak rungsing sangat la. Jalan nak ke airport tu ada banyak gerai bukak kat tepi2, sempat jugak la kami merasa sambil menengok pemandangan pantai. Best!
Pendek cerita, Langkawi memang besttttt sangat tempatnya. No wonder la setiap masa ramai orang ke sana. Cuma satu saja nasihat saya. Simpan extra money untuk shopping!!
COKLAT!! SWEET...
Kedai tepi jalan nak ke airport..
Photographer Mengelamun
Jom berlayar
Nasi ayam chenta
Mesti singgah!
Dayang bunting Catch the bird!
Sakan no shopping..
~Jumpa lagi Langkawi~