Saturday, 27 April 2013

Ayat 1000 dinar






Bermaksud:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Kelebihan ayat 1000 dinar:-



Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.



* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.



* Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.



* Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu sebagai hiasan di dinding tanpa membacanya & mengamalkannya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. 



Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.



Harus diinsafi bahawa seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.



Di antara fadhilat-fadhilat lain Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah. 

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan. 

4. Dan ketika dirasakan perlu. 


P/S: Jom sama-sama kita amalkan..


Monday, 22 April 2013

keBOSANan


Yeaargggghhhhhh!! Kebosanan melanda tahap dewa dah nih! (tahap dewa???)


Beginilah kehidupan seorang penganggur, pelbagai persoalan bermain di minda, berbagai perasaan bercampur-baur.. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, permudahkan urusan pencarian kerjaku Allah, iringi setiap langkahku dalam menperoleh rezeki-Mu Allah.. 


Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.. InsyaAllah akan tiba jua segala yang terbaik untukku.. Hanya padaMu ku berserah Ya Allah.. Tawakkal 'ala Allah.


Agak perit sebenarnya sekarang sebab ketiadaan wang berlaku..HUHUHU Teringin mahu buat kek tapi itu memerlukan kos.. Beli baju?? memang tak laa.. Makan kat luar?? terpaksa dielakkan dah sekarang.. So duduk rumah, makan apa yang ada saja.. Alhamdulillah, still dapat makan kan.. ^_^


Apa yang penting, HUSNU ZON.. Bersangka baik atas apa yang berlaku.. Saya menerima segalanya dengan hati yang terbuka, walau perit tetap ku gagahi jua.. berkat kekuatan yang diberikan dari-Nya.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu akbar~



Wednesday, 17 April 2013

GCAP Graduation~


Whoaaa.. we wait for too long for this ceremony..almost 2 months i guess after our last class.. huhuhu. And yesterday, we finally got our certificate.. The event was held at Gelanggang Seni Kota Bharu, at 2.00 pm. Although we don't have the opportunity to wear robe again, but still happy because we have the opportunity to meet and talk with our friends.. Really MISS you guys a lot.. huhuhu





Lepak minum dulu...




Berbual santai..




Nok g key elL dah die...




He's cute..hikhik




Comei tak kak ton?? Comeiiii...




Saranghae <3




Peace from Lida..




From the corner...




Kesian duk sensorang..hihihi




YEAHH i got this!




Most Outstanding Student




Happy face ^_^




Only half of the class attend yesterday..




YEAHHHHHH




Monday, 15 April 2013

PTD examination~


Okay, 13 April 2013 saya telah menghadiri peperiksaan bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di Kelantan Trade Central Convention Hall.. Start dari 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.. Semuanya 4 paper.. Study sikit-sikit jer malam tue, so esoknya jawab ikut logic akal jelaaa..hahaha



First paper menguji tentang pengetahuan am kita.. Macam dasar kerajaan, organisasi, sukan, dan macam-macam lagi la.. Yang tahu boleh la, yang tak tahu jawapan main tembak sajer.... ABCD je kann...kihkihkih



Second paper pulak tentang daya menyelesaikan masalah.. soalan matematik la kire nya nih.. agak frust la sikit dengan paper nih.. tak sempat nak kira dan congak, dah la jawab dalam masa sejam tanpa kalkulator!! hadoiiiii memang banyak laaa shoot paper nih.. hahahaha



Third paper pulak esei bahasa melayu.. pilih 1(satu) soalan sahaja dari 3 soalan.. soalan pilihan saya tentang pengaruh media sosial dalam kehidupan masyarakat.. memang sedap laa jawab.. lancar jer menulis sebab banyak idea.. ape lagi, pasal FACEBOOK la kan.. hahahahaha



Fourth paper pula esei bahasa inggeris.. juga jawab 1 soalan dari 3 soalan.. pilihan saya tentang job satisfaction's factor.. erm not bad laa, boleh la buat.. HAHAHA..



Apapun, boleh jawab ke tidak bergantung kepada pemeriksa la kann.. Segalanya saya berserah kepadaNya.. 




P/S: Still menanti keputusan temuduga SPA baru-baru nie.. lambatnyeeeee nak tunggu..



Monday, 8 April 2013

Temuduga PT Kewangan


Assalamualaikum........



Yiipiiiiiiii., Alhamdulillah.. lega akhirnya lepas pergi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan tadi.. ^___^



Walaupun pada mulanya agak kekalutan, tapi akhirnya berakhir dengan kelegaan Syukur Alhamdulillah.. Seterusnya tawakkal to 'alallah.. Berserah dan doa kepadaNya pula semoga mendapat lantikan tersebut.. Aminn insyaAllah..




Alkisahnya.. Saya tiba di pusat temuduga SPA 10 minit sebelum jam 8.00 pagi.. Masa tue dalam 3 4 orang girls yang datang untuk temuduga beratur ambil nombor giliran.. Sampai turn saya, then uncle tue suruh susun dokumen ikut list dalam borang and susun sijil-sijil dalam file dari peringkat rendah sehingga tertinggi.. Memang agak kelam-kabut la saya sebab setahu saya sepatutnya susun dari yang tinggi ke peringkat rendah.. hurmm nak tak nak memang kena susun balik laa.. Aduuuuh dah laa saya orang first untuk bilik no. 4 tuu.. Semputtttttttt~




Ok, bila no. saya dipanggil, saya ketuk pintu, bukak, senyum, masuk.. 2 orang penemuduga, dua-dua wanita..(Alamakkk....) Dia mintak dokumen, saya bagi then lepas dia suruh duduk baru saya duduk..(Adab temuduga kan macam nie..) Haaa sekarang bermulalah sesi temuduga saya yang agak sempoi and mendebarkan..HAHAHA




Antara soalan-soalan yang ditanya:-

1. Perkenalkan diri, ceritakan serba sedikit latar belakang
2. Pengalaman kerja?
3. Tugas-tugas PT Kewangan
4. RESIT-apa yang anda faham, apa yang tercatat atas resit tue, butiran-butiran
5. Apa itu INTEGRITI? Apa yang anda faham? Satu perkataan yang sinonim dengan integriti?
6. Maksud belanjawan? Apa yang anda faham?
7. Perkenalkan diri sekali lagi dalam Bahasa Inggeris
8. Soalan psycho: taraf degree untuk jawatan taraf spm?sanggup terima?boleh kerja di bawah ketua yang pendidikan taraf spm?
9. Sanggup kerja di Sabah Sarawak?
10. Harapan anda?




Whoaaaa,.. macam killer tak soalan-soalan yang saya terima?? HAHAHA.. Hendak menjawab pon memang goreng sesedap yang boleh lahh.. Saya juga banyak menggunakan perkataan mencari PENGALAMAN dalam soalan yang ditanya.. Ohh ya, ada SATU lagi soalan yang mula-mula sekali ditanya.. Dah berkahwin?Bujang? YEPP!! hehehehehe





P/S: Penat saya menghafal nama-nama menteri dan jabatan/kementerian..HAHAHAHA.. Ok, seterusnya study untuk peperiksaan PTD pula pada hari Sabtu ini! ^_^





Thursday, 4 April 2013

Debaran interview


Assalamualaikum..


Hye, hye, hye... Gaya macam happy jer kan, tapi dalam hati sebenarnya punya la bedebar....... KENAPA??
Sebab interview SPA bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan minggu depan! 8 April 2013.. hurmm.. macam-macam dalam fikiran nih:- Macamana keadaan interview nanti? Siapa penemuduga? Berapa orang? Apa soalan yang akan ditanya? dan bla..bla..bla...


Buat masa sekarang, persiapan saya hampir 60% jer kot.. hehehe.. Sijil-sijil dalam fail, resume, salinan yang diperlukan Insyaallah sudah sedia.. Soalan-soalan yang bakal ditanya pun mostly saya sudah cari.. Banyak tips-tips yang saya dapat dari blog-blog dan komen yang saya baca oleh mereka yang pernah menghadiri temuduga SPA nie.. hehehe..


Dan untuk ketika ini, saya mencari-cari isu semasa dalam Malaysia ini.. Sudah tentulah pasal politik kan.. tapi ada kemungkinankah isu politik akan ditanya?? Wallahua'lam.. Apapun, saya memang perlu bersedia sebanyak mungkin dengan apa jua soalan yang bakal ditanya.. Doakan perjalanan interview saya nanti ya.. Dapat atau tidak belakang kira, apa yang penting perlu perform sebaik mungkin untuk interview nie.. ^_^


P/S: Nantikan pengalaman interview saya dalam ruangan seterusnya.. Semoga berjumpa lagi, Insyaallah..