Wednesday, 20 November 2013

Melangkah ke alam baru


Assalamualaikum bloggerzz...

Dah lame tak update blog niee dek kerana kesibukan kerja yang menjengah!!.. arghhhh! hehehe. Alhamdulillah, dah hampir 5 bulan kerja sebagai Sales Coordinator and sekarang tengah tambah membizikan diri untuk persiapan di hari bahagia...!! Yeaahhhh!!!


Sesungguhnya jodoh pertemuan ajal maut Allah tentukan.. Dapat kerja, jumpa jodoh then Insyaallah bakal menamatkan zaman bujang Tahun Baru Cina 2014.....aminn!


Ramai yang terkejut sebab kenal kejap dah terus plan untuk kawen.. Gataii sangat ker?? hahaha.. Tapi kan perkara baik, niat untuk mendirikan rumah tangga niat mulia kan, ape salahnya.. Ade Ku Kisah orang nak cakap ape-ape??
 Lagipun, dah lama keseorangan kan so kena lah ambik langkah mencari teman dunia akhirat.. Insyaallah bersama abang janggutku.. ^_^ 



Sunday, 14 July 2013

New stage


Assalamualaikum...


wallaaa.. dah lama tak update berita terkini, berita sensasi masa kini kan.. hihihi


Well, alhamdulillah sekarang nie saya dah dapat kerja sebagai sales coordinator di kilang perasa dan pewarna. Di mana?? RAHSIA.... ^_^


Bila dah bergelar pekerja nie memang mula terasa kesibukan, kekalutan dan kepeningan di saban hari.. banyakkk kerja beb.. lagipun dalam proses belajar lagi kan, banyak yang kena catch up.. dan banyak juga la yang tersalah buat.. hihihi.. tapi syukur staff yang lain baik-baik je.. tak garang sangat.. hehehe


Walaupun kerja nie agak sibuk, tapi saya seronok sebab dah dapat peluang kerja.. lagipun kita kena niat kerja kerana Allah kan, lagi tambah keberkatan.. lagi-lagi di bulan puasa nie.. SALAM RAMADHAN~


P/S: Bukan setakat kerja je, siap di usha lagi haa..hohoho.. 




Monday, 3 June 2013

Jun!


Assalamualaikum..


Sedar tak sedar, dah masuk bulan Jun dah kan.. and saya masih lagi bergelar penganggur..! 


Keputusan temuduga SPA dan peperiksaan PTD tidak membuka peluang untuk saya..yet.. Agak mengecewakan.. tapi dah bukan rezeki saya ke arah itu lagi.. saya redha dan terima segala ketentuanNya.. Insyaallah~


Sekarang berhijrah ke Banting pula, jadi bibik di rumah kakak.. hahaha.. Harapanku agar ada rezeki untukku kali ini.. Banyak pengalaman yang mengecewakan hati tapi Alhamdulillah, Dia telah berikanku kekuatan untuk menerima segalanya..Syukur padaMu Allah.. ^_^



Saturday, 27 April 2013

Ayat 1000 dinar






Bermaksud:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Kelebihan ayat 1000 dinar:-



Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.



* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.



* Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.



* Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu sebagai hiasan di dinding tanpa membacanya & mengamalkannya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. 



Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.



Harus diinsafi bahawa seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.



Di antara fadhilat-fadhilat lain Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah. 

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan. 

4. Dan ketika dirasakan perlu. 


P/S: Jom sama-sama kita amalkan..


Monday, 22 April 2013

keBOSANan


Yeaargggghhhhhh!! Kebosanan melanda tahap dewa dah nih! (tahap dewa???)


Beginilah kehidupan seorang penganggur, pelbagai persoalan bermain di minda, berbagai perasaan bercampur-baur.. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, permudahkan urusan pencarian kerjaku Allah, iringi setiap langkahku dalam menperoleh rezeki-Mu Allah.. 


Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.. InsyaAllah akan tiba jua segala yang terbaik untukku.. Hanya padaMu ku berserah Ya Allah.. Tawakkal 'ala Allah.


Agak perit sebenarnya sekarang sebab ketiadaan wang berlaku..HUHUHU Teringin mahu buat kek tapi itu memerlukan kos.. Beli baju?? memang tak laa.. Makan kat luar?? terpaksa dielakkan dah sekarang.. So duduk rumah, makan apa yang ada saja.. Alhamdulillah, still dapat makan kan.. ^_^


Apa yang penting, HUSNU ZON.. Bersangka baik atas apa yang berlaku.. Saya menerima segalanya dengan hati yang terbuka, walau perit tetap ku gagahi jua.. berkat kekuatan yang diberikan dari-Nya.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu akbar~



Wednesday, 17 April 2013

GCAP Graduation~


Whoaaa.. we wait for too long for this ceremony..almost 2 months i guess after our last class.. huhuhu. And yesterday, we finally got our certificate.. The event was held at Gelanggang Seni Kota Bharu, at 2.00 pm. Although we don't have the opportunity to wear robe again, but still happy because we have the opportunity to meet and talk with our friends.. Really MISS you guys a lot.. huhuhu





Lepak minum dulu...




Berbual santai..




Nok g key elL dah die...




He's cute..hikhik




Comei tak kak ton?? Comeiiii...




Saranghae <3




Peace from Lida..




From the corner...




Kesian duk sensorang..hihihi




YEAHH i got this!




Most Outstanding Student




Happy face ^_^




Only half of the class attend yesterday..




YEAHHHHHH




Monday, 15 April 2013

PTD examination~


Okay, 13 April 2013 saya telah menghadiri peperiksaan bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di Kelantan Trade Central Convention Hall.. Start dari 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.. Semuanya 4 paper.. Study sikit-sikit jer malam tue, so esoknya jawab ikut logic akal jelaaa..hahaha



First paper menguji tentang pengetahuan am kita.. Macam dasar kerajaan, organisasi, sukan, dan macam-macam lagi la.. Yang tahu boleh la, yang tak tahu jawapan main tembak sajer.... ABCD je kann...kihkihkih



Second paper pulak tentang daya menyelesaikan masalah.. soalan matematik la kire nya nih.. agak frust la sikit dengan paper nih.. tak sempat nak kira dan congak, dah la jawab dalam masa sejam tanpa kalkulator!! hadoiiiii memang banyak laaa shoot paper nih.. hahahaha



Third paper pulak esei bahasa melayu.. pilih 1(satu) soalan sahaja dari 3 soalan.. soalan pilihan saya tentang pengaruh media sosial dalam kehidupan masyarakat.. memang sedap laa jawab.. lancar jer menulis sebab banyak idea.. ape lagi, pasal FACEBOOK la kan.. hahahahaha



Fourth paper pula esei bahasa inggeris.. juga jawab 1 soalan dari 3 soalan.. pilihan saya tentang job satisfaction's factor.. erm not bad laa, boleh la buat.. HAHAHA..



Apapun, boleh jawab ke tidak bergantung kepada pemeriksa la kann.. Segalanya saya berserah kepadaNya.. 




P/S: Still menanti keputusan temuduga SPA baru-baru nie.. lambatnyeeeee nak tunggu..



Monday, 8 April 2013

Temuduga PT Kewangan


Assalamualaikum........



Yiipiiiiiiii., Alhamdulillah.. lega akhirnya lepas pergi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan tadi.. ^___^



Walaupun pada mulanya agak kekalutan, tapi akhirnya berakhir dengan kelegaan Syukur Alhamdulillah.. Seterusnya tawakkal to 'alallah.. Berserah dan doa kepadaNya pula semoga mendapat lantikan tersebut.. Aminn insyaAllah..




Alkisahnya.. Saya tiba di pusat temuduga SPA 10 minit sebelum jam 8.00 pagi.. Masa tue dalam 3 4 orang girls yang datang untuk temuduga beratur ambil nombor giliran.. Sampai turn saya, then uncle tue suruh susun dokumen ikut list dalam borang and susun sijil-sijil dalam file dari peringkat rendah sehingga tertinggi.. Memang agak kelam-kabut la saya sebab setahu saya sepatutnya susun dari yang tinggi ke peringkat rendah.. hurmm nak tak nak memang kena susun balik laa.. Aduuuuh dah laa saya orang first untuk bilik no. 4 tuu.. Semputtttttttt~




Ok, bila no. saya dipanggil, saya ketuk pintu, bukak, senyum, masuk.. 2 orang penemuduga, dua-dua wanita..(Alamakkk....) Dia mintak dokumen, saya bagi then lepas dia suruh duduk baru saya duduk..(Adab temuduga kan macam nie..) Haaa sekarang bermulalah sesi temuduga saya yang agak sempoi and mendebarkan..HAHAHA




Antara soalan-soalan yang ditanya:-

1. Perkenalkan diri, ceritakan serba sedikit latar belakang
2. Pengalaman kerja?
3. Tugas-tugas PT Kewangan
4. RESIT-apa yang anda faham, apa yang tercatat atas resit tue, butiran-butiran
5. Apa itu INTEGRITI? Apa yang anda faham? Satu perkataan yang sinonim dengan integriti?
6. Maksud belanjawan? Apa yang anda faham?
7. Perkenalkan diri sekali lagi dalam Bahasa Inggeris
8. Soalan psycho: taraf degree untuk jawatan taraf spm?sanggup terima?boleh kerja di bawah ketua yang pendidikan taraf spm?
9. Sanggup kerja di Sabah Sarawak?
10. Harapan anda?




Whoaaaa,.. macam killer tak soalan-soalan yang saya terima?? HAHAHA.. Hendak menjawab pon memang goreng sesedap yang boleh lahh.. Saya juga banyak menggunakan perkataan mencari PENGALAMAN dalam soalan yang ditanya.. Ohh ya, ada SATU lagi soalan yang mula-mula sekali ditanya.. Dah berkahwin?Bujang? YEPP!! hehehehehe





P/S: Penat saya menghafal nama-nama menteri dan jabatan/kementerian..HAHAHAHA.. Ok, seterusnya study untuk peperiksaan PTD pula pada hari Sabtu ini! ^_^





Thursday, 4 April 2013

Debaran interview


Assalamualaikum..


Hye, hye, hye... Gaya macam happy jer kan, tapi dalam hati sebenarnya punya la bedebar....... KENAPA??
Sebab interview SPA bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan minggu depan! 8 April 2013.. hurmm.. macam-macam dalam fikiran nih:- Macamana keadaan interview nanti? Siapa penemuduga? Berapa orang? Apa soalan yang akan ditanya? dan bla..bla..bla...


Buat masa sekarang, persiapan saya hampir 60% jer kot.. hehehe.. Sijil-sijil dalam fail, resume, salinan yang diperlukan Insyaallah sudah sedia.. Soalan-soalan yang bakal ditanya pun mostly saya sudah cari.. Banyak tips-tips yang saya dapat dari blog-blog dan komen yang saya baca oleh mereka yang pernah menghadiri temuduga SPA nie.. hehehe..


Dan untuk ketika ini, saya mencari-cari isu semasa dalam Malaysia ini.. Sudah tentulah pasal politik kan.. tapi ada kemungkinankah isu politik akan ditanya?? Wallahua'lam.. Apapun, saya memang perlu bersedia sebanyak mungkin dengan apa jua soalan yang bakal ditanya.. Doakan perjalanan interview saya nanti ya.. Dapat atau tidak belakang kira, apa yang penting perlu perform sebaik mungkin untuk interview nie.. ^_^


P/S: Nantikan pengalaman interview saya dalam ruangan seterusnya.. Semoga berjumpa lagi, Insyaallah..






Saturday, 23 March 2013

CF by My Partner

*******

Assalamualaikum..


Straight to the point, saya telah menghadiri Career Fair yang dianjurkan oleh My Partners baru-baru ini di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.. Honestly, saya tak ada 'feel' langsung untuk pergi CF tue sebenarnya.. Tapi bila fikirkan sejenak, apa salahnya saya cuba pergi dulu dan tengok macamana anjuran oleh pihak My Partners ni..



Sememangnya saya merasa sedikit kecewa untuk CF kali pertama nie.. Sebab?? Sepatutnya kami dapat email keseluruhan tentang company yang akan terlibat bersama position yang bakal ditawarkan.. BUT,.. sehari sebelum kami bertolak ke KL barulah kami dapat email (yang tak completely full company with the position offered).. So, macamana kami nak well prepared?? Most of the interview i attended there, they said to wait 2 weeks for the feedback..tapi still akan ada 2nd and maybe 3rd interview after that..




Untuk dikongsikan ceritala kan, kami pergi KL siap chartered satu bas untuk kami pergi balik.. Total cost for transport RM100 and RM50 untuk accomodation.. Alhamdulillah kami dapat drebar bas yang agak sporting, yang boleh bawak kami pergi jalan-jalan.. HAHAHA and kami dapat tinggal di apartment yang amazing dengan harga yang murah (atas sebab Kak Farah yang ramai contact, so dia dapat deal harga murah..hehehe). 



Walaupun CF agak mengecewakan, tapi kami berpeluang jalan-jalan di KL dan tinggal di apartment tingkat 21 you know! HAHAHA 


*******



P/S: Pada hari CF tue, saya dapat message dari SPA untuk temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W17.. Syukur Alhamdulillah..Doakan saya untuk temuduga 8/4 nanti yaa...




Monday, 11 March 2013

Touch screen pr0blem!


Salam semua..


hermm., lebih kurang 2 minggu dah nih saya menjadi user Sony Tipo.. Kebanyakannya saya berpuas hati la, cuma masalah yang kerap sangat berlaku ialah masalah touch screen..! Susah betol nak taip message sebab lain yang nak taip, lain yang keluar.. arghhhhh! 


Tapi syukur Alhamdulillah touch screen problem sudah dapat diatasi.. Overall, Sony Tipo memang berbaloi la untuk beli.. Berkat minat salah seorang rakan yang suka baca blog, dialah yang menemui cara untuk atasi masalah touch screen Sony Tipo nih.. TQ yaaaaa~


Penyelesaian untuk masalah touch screen Sony Xperia Tipo, sila ikut cara ini :


1) Download TouchFWTools.apk di disi,. --> Click https://rapidshare.com/#!download|824p2|3852306708|TouchFWTools.apk|35|0|0.. Download guna laptop jer dulu, then transfer/bluetooth ke Sony Tipo.


2) Pergi ke setting di Sony Tipo, pergi ke bahagian security dan enable/tick 'Unknown sources' setting untuk membenarkan anda install aplikasi dari non-market.


3) Cari aplikasi Astro File Manager untuk mencari file TouchWFTools.apk dan install. Sekiranya tiada astro or file manager, anda boleh download 'Easy Installer' or 'File Commander'.


4) Install TouchWFTools.apk dan click open. Tekan 'Calibration' untuk siapkan installation. Selepas beberapa saat, masalah touch screen anda telah berakhir..! Yeahhhhh...


# Enjoy your phone.. hehehe.. ^_^




Friday, 1 March 2013

Got one!


Yes! Finally i had bought a new hand phone using the RM200 rebate and BR1M..hehehe Wanna know what brand? Its is one of my wish list! Sony Xperia Tipo.. Yeahh i know it is a budget smartphone, but hey, as long as i can make call and send message to others, i would be really glad you know.. ^_^




My new phone


Nak dijadikan cerita, pada awalnya saya berhajat nak Black Pearl.. tapi langsung tiada stok buat masa sekarang.. nak tunggu stok sampai? lambat lagi kot...... Then mula la rasa kecewa timbul di hati sebab telefon yang sedia ada masalah pada speaker.. Tapi saya cekal dan tabahkan hati untuk pergi jugak kedai Seng Heng, try luck katakan.. and then, bila sampai depan kedai tue je akak tue cakap nak Sony Tipo ke? ada stok nih.. Haa saya p0n apa lagi, dengan laju jer mengangguk dan setuju.. HEHEHE akak tue cakap ada baru sampai and ada satu jer tinggal.. kaler merah.. saya mengiyakan jer semua sebab excited sangat dapat cri handphone kan.. :p



Kalau beli kat Seng Heng, dia akan bagi satu borang untuk keahlian Seng Heng.. hurm tak kisah la, janji dapat beli tefon kan.. Saya pon dapat satu sim card U Mobile., entah guna entah tidak.. hohoho.. Akan tetapi, Sony nie tade memory card.. saya kena cari sendiri.. So, planning seterusnya untuk cari memory card, phone case and screen protector.. Coming soon after this... HEHEHE



Wednesday, 27 February 2013

Good bye u guys~


The day has come.. Yesterday is the last day we met in class, chatting, laughing and gossiping.. HAHAHA It was a wonderful memories that i will kept and remember.. I'm glad that i have the chance to know and be friend with them.. My hopes to all of my friends, all the best in your future life and be happy whenever you are, als0 don't forget me the 'bekem' girl in class.. hehehe  Here, i include some pictures i took yesterday during our last hang out after the class at Kb Mall.. Bowling time!!!!



Register the players name




Waiting to play...




Is it strike??!




Yeahhhhhhhhhhh!!




Girls hang out~




See the hand laaa....




Lets play~




Take number please..




See the lucky picture..




alololoo cute~




Be prepare..




Hey girls..




They mean for each other..




Beauty~




Pinky bowl..




Nice pose~




you guys!




Free pose..




M.E.M.O.R.I.E.S




Thursday, 21 February 2013

Getting nearer~


Wooww! The final day is getting nearer you know..! I'm so happy and excited waiting for that day. But unfortunately, I won't see my other friends in class anymore later on.. SO SAD~


During the last week, we become more stress than ever with the nailing to interview session and the final presentation for the industry report. I'm not satisfied enough with my achievement in the presentation because i lost my word whenever i stay in front of people. After all, i'm not a talkative person which could give a spontaneous idea and attitude. NO! Its not me~


I see myself as a good writer but not a good speaker.. YES! I am! What else can I do?? It also disappoint me you know.. The mock interview at first also didn't satisfied myself.. I don't know what i have said.. the structure and the grammar,. all were screw up! While during the presentation also I think i already give my best, but still very lack of power to satisfied the panel.. It seems that everyone has done great presentation except for me~


CHEER UP! No need to be so down Nik! Just enjoy the last day next week.. It's gonna be a farewell soon.. 



Friday, 15 February 2013

Kemuncak GCAP



Wahhh dah tak lama dah nak habis GCAP nih.. seminggu lebih lagi haa.. Perasaan?? First, tak sabar nak habis sebab tension dengan modul and assignment,. TAPI second, sedih sebab nanti tak boleh jumpa kawan-kawan kelas dah.. HUHUHU 


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan.. Memang sering kali perkara sebegini berlaku.. Tak boleh lari dari kehidupan.. Semuanya atas inisiatif sendiri untuk mengekalkan setiap hubungan yang terjalin itu agar tidak terputus.. Lepas nie, pasti akan teringat geng GCAP Batch 4 nie.. tambah-tambah mereka yang suka buli saya! HUH! 


Apa la nasibku, tak boleh nak sebut 'R' dengan betul.. Bila diorang tahu kelemahan saya yang nie, mulalah kena perli! HAHAHA especially si Markk and Emong! Suka betul buat saya marah.. and bila saya marah, mula la saya nak menyepak orang.. kehkehkeh.. ganas?? geram l0r.. 


Semalam sir kami last mengajar kat sini.. minggu depan orang lain akan datang ganti dia.. Who?? tiada siapa yang tahu.. tunggu dan lihat saja la kan....



Thursday, 14 February 2013

Officially 25 years old~



Syukur Alhamdulillah,. Allah masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas di atas muka bumi ini.. Semoga amalanku turut bertambah seiring bertambahnya usiaku~


Hari ini saya telah berusia 25 tahun 7 hari.. Macam tak percaya dah masuk pertengahan ni haa,. 25??! Seriously?? Langsung tak ada rupa 25 tahun! HAHAHA There are still a l0t of things that I'm n0t achieving yet you know.... Many obstacles and challenges nowadays.. It make me jelous when I see my friends already find their job.. But ME??!



Whatever it is, saya amat berterima kasih kepada kengkawan yang wish dan buat kek untukku ketika hari lahirku minggu lepas.. TERHARU.. ^_^ 





Pavlova cake




My lovely friends





Saturday, 9 February 2013

During My Day~


My birthday has come and accidentally my friends have planning to make a gathering that day.. #LuckyMe HEHEHE Biasanya setiap sem kami akan set time and keluar makan-makan bersama.. Cuma sekarang nie responsibilities semua orang makin bertambah pula.. So, nak set masa yang susah sikit.. huhuu.. Alang-alang buat gathering, sambil sambut birthday saya, memang terharu la rasanya.. Jarang sekali kot orang nak buat makan sempena birthday saya... hurmmm... 




hiris nenas nak buat 'colek'




jambu




Masing-masing bawak makanan.. HEHEHE




My beloved friends




i like this picture!




playing with a deer..




Macam bergambar di oversea pulak kan.... HAHAHA



Okay! Lepas makan-makan dengan kengkawan, saya keluar dengan member GCAP pulak.. At first, diorang ajak main boling.. tapi full pulak sebab ramai sangat orang.. Then lastly kami pergi PCB, minum air kelapa di situ and makan 'colek'.. n_n




tengah discuss pasal apa entah..




Hey ladies~




Peace~~




mamat nie buat apa tue??




Memories at PCB..






Saturday, 2 February 2013

A week before my day




A week more to g0, before my birthday comes.. #Whoaaa tak lama dah haa nak masuk 25,. HAHAHA Umur makin tambah, amal ibadah harapnya turut bertambah laa kan.. HEHEHE



I guess nothing will be special during that day,. Just wake up in the morning, watching television, eat, sleep,. No need to celebrate, i have used to.. There's no one to celebrate with me.. It's okay, never mind actually..



What i'm hoping is to get a suitable job with me, help my parent and pay my loan.. In the same time, to find a husband-to-be.. ^_^