********
Baiklah,. ini cerita kesinambungan daripada entry yang lepas iaitu Hampir Tertipu!! . Kali kedua nie saya dikenakan oleh Skor A.. Mesti dah ramai yang tahu pasal Skor A kan.? Well, let me begin the story with 'lowongan cari kerja'.. Lepas habis praktikal dan selesai submit report, presentation itu semua, saya cuba mencari kerja sambilan melalui mudah.my. Di situ saya terjumpa satu kerja guru tuisyen diperlukan. Apa saya bayangkan adalah pergi pusat tuisyen dan mengajar macam biasa. Tapi TIDAK!
Lepas saya hantar resume dan mendapat panggilan temuduga (guru tuisyen) dari Edata, saya terus pergi.. Masuk jer pejabat dia suruh isi borang then tunggu untuk ditemuduga. Bila dipanggil, ingatkan kena masuk bilik, tapi rupanya temuduga kat luar tue jugak..(tade privasi langsung..) Then akak tue pun tanya serba sedikit pasal saya dan apa yang saya harap dari kerja tersebut. Saya jawab dengan tenang jer.. Lepas tue, mula la akak tue cerita pasal company tue dan Skor A,.bla bla bla dan bla.. Saya layankan jer.. Buat gaya macam berminat TAPI sebenarnya dalam hati mengutuk tak habis! HAHAHA
Sebelum saya nak chowww dari situ, akak tue suruh saya datang hari jumaat untuk ketahui lebih lanjut pasal benda alah diorang tue.. Katanya saya beruntung sebab kebetulan ada diskaun harga (RM50 kott) untuk masuk bengkel tue dan mintak saya bagi keputusan terus.. Tapi saya bagi alasan minta tempoh untuk fikirkan dulu.. Esoknya bila dia col balik saya cakap, saya dah kerja la kak.. Tak dapat nak join.. Maaf yerr.. (Tipu sunat.. HAHAHAHA)
********
Cerita yang ketiga pulak ialah interview jawatan Management Trainee Event.. Perghhh! Dengar nama macam best je kan.. Ingatkan kena urus program/seminar/konsert/forum ke hape.. Unfortunately, it's n0t! Iklan jawatan kosong nie pon saya tengok kat mudah.my jugak tau (Mudah.my nie memang tak boleh dipercayai la..)
Erm bila col then arrangekan interview, saya cari serba sedikit pasal company tue (Orin's Advertising). Tapi yang hairannya bila saya nak naik ofisnya saya nampak address P.O.Box dia DNMC..(Pelikk nih..) Then bila masuk jer pejabat ada sorang pompuan jer dalam tue.. Dia suruh masuk isi borang dan suruh tunggu sebab manager tak sampai lagi..(Aikkk??) Saya dah mula rasa syak tapi still rileks lagi.. Pastu saya dipanggil masuk bilik interview, dia tanya serba sedikit apa yang saya tahu pasal company, cerita pasal diri saya.. Bila dia cerita serba sedikit pasal company tue memang SAH apa yang saya syak!
Mula timbul rasa kecewa dalam diri bila sangkaanku benar belaka.. HUHUHU Bila dia cerita step jawatan dari pelatih - supervisor - manager, memang tak ubah modus operandi MLM! Bezanya produk dan servis mereka jer berbeza.. Sebelum balik dia cakap kalau saya disenarai pendek, saya perlu hadir second interview dari jam 9-6ptg dan gaji akan turut dibincang ketika itu.. Bila sampai rumah saya dapat col, dia cakap saya terpilih dan diminta hadir untuk second interview..(alamakkk!) Saya bagi alasan cakap ada interview lain yang menanti.. Tapi sebenarnya saya dah tanya Mr. Google pasal DNMC, and rata-rata mengatakan semua pernah terTIPU oleh mereka!
********
Kesimpulannya, Skor A merupakan produk dan DNMC menawarkan servis.. Melalui Skor A, saya perlu mencari ibubapa yang sanggup membeli Skor A yang beratus harganya, mengikut tahap UPSR, PMR dan SPM. Komisyen jualan memang agak banyak la memandangkan harga benda tue pon hampir RM1k!
Beza dengan DNMC pula ialah saya jadi pelatih dan mengikut supervisor buat kerja luar.. Bila saya dah berkeyakinan untuk jadi leader dan manage group sendiri, barulah saya akan dilantik menjadi manager.. Haa macam tue la lebih kurang.. Tapi sumber Mr. Google saya cakap yang masa jadi pelatih tue, saya akan ikut supervisor keluar dan menjual kupon/tiket/barang atas arahan supervisor tue.. Hasil jualan tersebutlah yang menentukan gaji saya nanti..
P/S: Nasihat dari saya, berhati-hatilah dalam mencari pekerjaan.. Kalau tersilap langkah habislah kita yang freshy ni haa..Lingkupp! Alhamdulillah setakat nie saya sempat jauhkan diri sebelum terjebak lebih teruk lagi dan menyesal dikemudian hari.. Allah selalu melindungi saya, mungkin ini cara Allah nak tunjuk yang proses mencari kerja hari ini memerlukan kesabaran, kekuatan, kepandaian dan kecerdasan sebelum menemui kerjaya yang sebenar.. InsyaAllah, Sama-samalah kita doakan semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.. Aminn~