**********
Assalamualaikum.. hyeee! Okei, kali nie saya nak cerita serba sedikit pasal novel yang saya baru habis baca nih., tajuknye Versus yang ditulis oleh Hlovate.. Awal-awal pembacaannya saya agak blur sedikit sebabnya penulis cerita pasal skateboard, skill diorang main and nama pemain-pemain yang saya tak kenal.. al-maklumlah bukan tau sangat pasal skateboard ni kann..huhuuhu..
Cerita nie makin menarik bila AO yang tiba-tiba meluahkan perasaan pada Minn (tapi ditolak mentah-mentah) then AO bawa diri ke bumi kangaroo iaitu Australia.. Dan tambah menarik di pertengahan cerita nie di mana AO dan Minn suka antara satu sama lain tetapi masing-masing hanya pendamkan dalam hati disebabkan keegoan dan kedegilan mereka..
Banyak peristiwa yang terjadi.. AO makin berubah daripada seorang pemain fanatik skateboard kepada seorang yang lebih beriman dan berpengetahuan dalam agama Islam.. AO nekad untuk menjadi orang yang baik.. Haa dari situ laa sebabnya tajuk novel ni versus, it is because AO berubah 180' darjah dari perangai dia yang selalu main skate sampai solat pon cikai-cikai dan selalu masuk kelab (tapi tak minum ye..) kepada seorang yang banyak beribadat dan membaca kitab-kitab agama untuk mencari keredhaan Allah swt.. Alhamdulillah..
Then begitu juga yang terjadi kepada Minn. Dari seorang gadis popular dan lincah dengan aksi skateboardnya telah berubah menjadi gadis bertudung dan terpaksa meninggalkan hobinya. Kemudian selepas Minn pergi program di Bukit Cerakah, banyak yang mengubah dirinya menjadi seorang wanita yang solehah, selalu pergi usrah, rajin baca Al-Quran dan tafsir serta hadis, rajin solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah..
Tapi sememangnya jodoh antara mereka teramatlah kuat. Walau bertahun dan walau berbatu jaraknya mereka berpisah, last-last ketemu juga mereka berdua tanpa dirancang oleh sesiapa pon.. MasyaAllah, hebatnya perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah kan.. Bertemu dan berpisah semuanya ketentuan olehNya. Tiada siapa yang dapat menghalang..
Ermm saya paling suka masa ending cite nie.. Lepas AO dan Minn nikah kat Australia, mereka balik ke Malaysia masa cuti semester untuk majlis kenduri kesyukuran mereka.. Nak tauuu?? Sempat lagi diorang pergi main roller-blade kat taman sehari sebelum kenduri diorang.. Lepas subuh pulakk tuuu! hahaha.. Sweet je kann.. Berdating dengan incik suami, main roller-blade sama-sama sambil pegang tangan.. wahhhh.. and ada satu ayat yang Minn cakap, "Abang, showing affection in public is not appropriate even we're married, you know." And then they happily ever after... It will happen to me als0, s0meday.. InsyaAllah.. ^_^
**********
Best gak novel nie tau...
Si Minn yang ego..
Si AO yang sempoi..