Sunday, 30 December 2012

Kena tipu lagi?!



********

Baiklah,. ini cerita kesinambungan daripada entry yang lepas iaitu Hampir Tertipu!! . Kali kedua nie saya dikenakan oleh Skor A.. Mesti dah ramai yang tahu pasal Skor A kan.? Well, let me begin the story with 'lowongan cari kerja'.. Lepas habis praktikal dan selesai submit report, presentation itu semua, saya cuba mencari kerja sambilan melalui mudah.my. Di situ saya terjumpa satu kerja guru tuisyen diperlukan. Apa saya bayangkan adalah pergi pusat tuisyen dan mengajar macam biasa. Tapi TIDAK!



Lepas saya hantar resume dan mendapat panggilan temuduga (guru tuisyen) dari Edata, saya terus pergi.. Masuk jer pejabat dia suruh isi borang then tunggu untuk ditemuduga. Bila dipanggil, ingatkan kena masuk bilik, tapi rupanya temuduga kat luar tue jugak..(tade privasi langsung..) Then akak tue pun tanya serba sedikit pasal saya dan apa yang saya harap dari kerja tersebut. Saya jawab dengan tenang jer.. Lepas tue, mula la akak tue cerita pasal company tue dan Skor A,.bla bla bla dan bla.. Saya layankan jer.. Buat gaya macam berminat TAPI sebenarnya dalam hati mengutuk tak habis! HAHAHA



Sebelum saya nak chowww dari situ, akak tue suruh saya datang hari jumaat untuk ketahui lebih lanjut pasal benda alah diorang tue.. Katanya saya beruntung sebab kebetulan ada diskaun harga (RM50 kott) untuk masuk bengkel tue dan mintak saya bagi keputusan terus.. Tapi saya bagi alasan minta tempoh untuk fikirkan dulu.. Esoknya bila dia col balik saya cakap, saya dah kerja la kak.. Tak dapat nak join.. Maaf yerr.. (Tipu sunat.. HAHAHAHA)


********


Cerita yang ketiga pulak ialah interview jawatan Management Trainee Event.. Perghhh! Dengar nama macam best je kan.. Ingatkan kena urus program/seminar/konsert/forum ke hape.. Unfortunately, it's n0t! Iklan jawatan kosong nie pon saya tengok kat mudah.my jugak tau (Mudah.my nie memang tak boleh dipercayai la..)



Erm bila col then arrangekan interview, saya cari serba sedikit pasal company tue (Orin's Advertising). Tapi yang hairannya bila saya nak naik ofisnya saya nampak address P.O.Box dia DNMC..(Pelikk nih..) Then bila masuk jer pejabat ada sorang pompuan jer dalam tue.. Dia suruh masuk isi borang dan suruh tunggu sebab manager tak sampai lagi..(Aikkk??) Saya dah mula rasa syak tapi still rileks lagi.. Pastu saya dipanggil masuk bilik interview, dia tanya serba sedikit apa yang saya tahu pasal company, cerita pasal diri saya.. Bila dia cerita serba sedikit pasal company tue memang SAH apa yang saya syak!



Mula timbul rasa kecewa dalam diri bila sangkaanku benar belaka.. HUHUHU Bila dia cerita step jawatan dari pelatih - supervisor - manager, memang tak ubah modus operandi MLM! Bezanya produk dan servis mereka jer berbeza.. Sebelum balik dia cakap kalau saya disenarai pendek, saya perlu hadir second interview dari jam 9-6ptg dan gaji akan turut dibincang ketika itu.. Bila sampai rumah saya dapat col, dia cakap saya terpilih dan diminta hadir untuk second interview..(alamakkk!) Saya bagi alasan cakap ada interview lain yang menanti.. Tapi sebenarnya saya dah tanya Mr. Google pasal DNMC, and rata-rata mengatakan semua pernah terTIPU oleh mereka! 


********


Kesimpulannya, Skor A merupakan produk dan DNMC menawarkan servis.. Melalui Skor A, saya perlu mencari ibubapa yang sanggup membeli Skor A yang beratus harganya, mengikut tahap UPSR, PMR dan SPM. Komisyen jualan memang agak banyak la memandangkan harga benda tue pon hampir RM1k! 



Beza dengan DNMC pula ialah saya jadi pelatih dan mengikut supervisor buat kerja luar.. Bila saya dah berkeyakinan untuk jadi leader dan manage group sendiri, barulah saya akan dilantik menjadi manager.. Haa macam tue la lebih kurang.. Tapi sumber Mr. Google saya cakap yang masa jadi pelatih tue, saya akan ikut supervisor keluar dan menjual kupon/tiket/barang atas arahan supervisor tue.. Hasil jualan tersebutlah yang menentukan gaji saya nanti.. 



P/S: Nasihat dari saya, berhati-hatilah dalam mencari pekerjaan.. Kalau tersilap langkah habislah kita yang freshy ni haa..Lingkupp! Alhamdulillah setakat nie saya sempat jauhkan diri sebelum terjebak lebih teruk lagi dan menyesal dikemudian hari.. Allah selalu melindungi saya, mungkin ini cara Allah nak tunjuk yang proses mencari kerja hari ini memerlukan kesabaran, kekuatan, kepandaian dan kecerdasan sebelum menemui kerjaya yang sebenar.. InsyaAllah, Sama-samalah kita doakan semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.. Aminn~




Wednesday, 26 December 2012

Hampir terTIPU!!



ARGHHH!! Tension betul bila asyik terkena dengan skim MLM! Mentang-mentang saya nie fresh graduate tapi tak sewenang itu untuk mereka tipu saya..! YEP, I almost been fooled.. HUH! Lepas nie saya perlu lebih berhati-hati dalam memilih dan meminta pekerjaan.


********

The truth is this is the 3rd time I have being fooling around by the MLM.. Kali pertama tertipu ketika di USIM dulu. Sem 2 kalau tak silap.. Dah la bulan Ramadhan.. Ada kawan kepada roomate saya nie ajak pergi berbuka di hotel..(HOTEL LA SANGAT!!) Katanya ada Luxor event promosi ubat gigi ape entah, and murah katanya.. Saya tak ambil peduli sangat pasal beli barang ape semua tu, so saya ikut la sekali.. Antara sebab saya nak pergi ialah dia cakap berbuka di HOTEL.. Budak junior yang baru macam saya nie memang excited la kan bila dengar pasal makan kat hotel..(tak pernah pergi kan..)



Dalam perjalanan tue, saya dengan roomate nie siap imagine lagi mesti ada makanan yang sedap-sedap.. TAPI hampeh! Bukan hotel pon, just bangunan biasa jer kot.. Dah ler jauh dari kawasan bandar.. hurmmm.. Ada 3 4 buah bas lagi yang tiba bersama kami masa tue. Kami yang tidak tahu apa-apa nie ikut jer la yang lain naik.. Sampai jer tingkat atas, nak dekat magrib dah.. Semua pon bersiap-siap nak solat (ingatkan ada solat berjemaah tapi sendiri-sendiri je katanya). Lepas siap solat, kami keluar then nampak ada makanan tersedia atas meja di tepi lorong..(Aii makan kat tepi lorong?) Nak tau makan ape??? Kuih, bubur dengan air teh! (Sah! Mati-mati kena tipu time bulan puasa!)



Kecewa tak terhingga rasanya bila angan-angan jauh di awangan.. Berbuka dah macam moreh, then lepas makan orang Luxor suruh masuk dewan sebab majlis nak start.. Kami dengan langkah terpaksa (Lapar+Tertipu), masuk dan duduk di kerusi depan sekali.. Baru nak ber-husnu zon mungkin ada majlis ilmu kot, tapi bila tengok orang-orang yang ada dalam dewan tue, Astaghfirullahalazim.. dengan rambut pacak macam rockers, baju yang macam black metal, kami dah mula panik dan tertanya-tanya.. Apa semua nie??!



Bila majlis start, agak terkejut jugak la dengan pengisian malam tue.. Tade pon cerita pasal produk ke ape, just tunjuk gambar mereka-mereka dalam Luxor yang telah berjaya hasil usaha mereka beserta jumlah ribuan ringgit yang mereka dapat dan kereta import mereka.. Langsung tak menarik minat kami! Waktu kemuncak majlisnya bila lampu ditutup then diorang suruh bangun (kami tak bangun pon) dan duk semangat jerit, terpekik melolong kata-kata semangat diringi lagu..! (hoii bulan puasa kott,langsung tak hormat bulan mulia..) Menyesal ikut!! 



Sampai hati kawan senegeri dan se-kos dengan kami boleh tipu kami macam nie,.? Dah la nak dekat subuh baru kami sampai kolej, dengan isyak pon tak solat lagi (sebab orang Luxor tue tak nak berhenti solat dulu).. Teruk betul rasanya dipermainkan macam nie.. Punca sampai lewat? Sebab orang Luxor berhentikan kami dekat kedai makan, then promote suruh kami join bawah mereka.. HUH! Mustahil saya nak masuk!


********


Well, apa yang boleh saya simpulkan dari operasi Luxor nie ialah mereka perlu cari orang seramai mungkin atas nama dia sebelum dia boleh naik pangkat jadi manager yang lebih tinggi. Contoh yang mudah macam bentuk piramid.. Yang atas sekali, yang bucu tue adalah ketua.. Bawah dia ada 2 orang katakan.. Setiap yang 2 orang akan cari lebih ramai lagi untuk duduk bawah mereka, then setiap yang masuk itu akan WAJIB cari lebih ramai lagi orang kalau nak naik duduk pangkat bucu atas sekali tue..(Ada faham ka??) Pendek kata, lagi ramai orang masuk, lagi banyak duit masyukkkk..!



P/S: Cerita pengalaman kena tipu MLM yang ke-2 dan ke-3 akan bersambung di entry seterusnya...Chowwwwww




Sunday, 23 December 2012

My WishList



Okay! Ini merupakan Wishlist saya dalam jangka masa panjang. Apa yang saya inginkan setakat nie semua berbentuk kebendaan.. HAHAHA! Angan-angan jer lebih nie tapi tak mustahil untuk dicapai kan..? INSYAALLAH




1)  Yang first sekali nie tak ambil masa yang lama, dan boleh dicapai dalam masa terdekat.. HANDPHONE - Sony Xperia V dan Xperia J menarik perhatian saya.. and FYI, saya memang loyal customer bagi SONY ERICSON.. brand lain kurang menarik minat.. kalau tak dapat V dan J, angkut Sony Xperia X10 jer la kot..




Sony Xperia J = <RM900
Sony Xperia V = Unknown price sebab masih baru lagi dipasaran





Sony Xperia X10 = <RM600




2)  RANTAI LEHER - ini pun mungkin tak ambil masa yang lama kot.. Simpan duit sikit-sikit dulu then boleh la beli..HEHEHE



Macam design lama kan, tapi not bad for me la..




3)  SOFA rumah - Saya memang dah lama terfikir untuk beli sofa. Iya la, rumah besar tapi tak ada kerusi/sofa di ruang tamu.. kosong jer.. nak ajak kawan-kawan datang pun segan..



Sofa moden - Letak di ruang tamu utama..




Ini pula letak kat depan TV pon boleh kan.. Santai jer tengok..




Sofa rotan nie cute! Ini paling penting! hehehe




4)  KERETA - wahh kalu bab kereta nie tak lain tak bukan MAZDA 3 idaman saya! Tapi macam agak mustahil sikit kan.. ermm kena cari bakal husband yang ada kereta ni la kot yer.. KEKEKE



My dream car 




Ini yang terbaik bagi saya berbanding kereta Malaysia yang lain..




5)  TRAVEL - Tempat yang saya teringin pergi sejak kecil lagi ialah Jepun.! Pergi sana time musim winter.. wahh bestnya.. Then disebabkan Seoul dah pernah pergi, saya nak jejak kaki ke Jeju Island dan Nami Island pulak.. 



Winter di Jepun




Four season di Jepun




Jeju Island - Penangan cerita Winter Sonata






Monday, 17 December 2012

kerja 0h kerja!



Ohoooiiiii!! keSTRESSan betul bila fikir pasal kerja! Susah jugak nak mencari kerja nie kan.. HUHUHU Memilih satu hal, lepas tue company nak yang ada experience 1 year.. Dah kalau namanya fresh graduate nak jadik pengalaman kerja setahun macamana nya??! Bad mood dah nie haa! Nak masuk kerja kerajaan lagi la sukar! Senior-senior yang dah lama kerja umur 60 tahun baru pencen.. PM pon suka-suki jer tuka umur pencen dari 55 tahun kepada 60 tahun.. Mereka yang dah kerja lama tue pon TENSION bila tahu lagi lambat nak pencen dan merasa duit EPF mereka.. 



Time praktikal hari tue dah la tak dapat elaun langsung! Lepas tue mengganggur pulak sampai sekarang?! Apa la nasibku ini.. HAHAHA! Rasa macam setahun tak kerja sebab tak dapat duit.. Sampai bila agaknya nie ya? Kawan-kawan yang lain kebanyakan dah kerja.. Gaji pon ada yang taraf degree dah.. hampir RM2k  haa.. Planning saya dah banyak bermain di kepala.. Nak buat tue, nak buat nie.. TAPI duit tade... hampehh...



Bila dah kerja saya dah set dalam kepala nie untuk certain things.. 


1. Bagi duit dekat ayah RM500 bulanan.. Sebelum nie asyik mintak jer.. Tak sampai hati sebenarnya nak minta duit tapi dah tak kerja lagi nak buat caner kan.. HEHEHE 


2. Buat tahlil untuk arwah mak. Then sedekahkan something macam kain sembahyang kat masjid/surau untuk arwah.. 


3. Bayar PTPTN! sangat-sangat PENTING nie!! HUTANG yang perlu diselesaikan secepat mungkin..


4. Hantar ayah menunaikan haji ke Mekah.


5. Bantu ayah untuk buat upah haji bagi arwah mak.




 P/S: Saya kena cari KERJA secepat mungkin! Banyak perkara yang perlu dibuat.. INSYAALLAH saya pasti dapat kerja dalam masa terdekat nie! Aminn..





Thursday, 13 December 2012

Eh kahwin?



Haaa DON'T get misunderstand yaaa! nie bukan saya yang nak kahwin, tapi kawan yang bakal kahwin tahun depan.. KEKEKE Dia dengan pasangannya planning nak nikah lepas raya puasa 2013 ( kalau tengok kalendar awal bulan 8 ).. hurmm bunyi macam lambat lagi kan TETAPI sekejap saja masa tue untuk buat semua preparation.. Yelaa kan, siapa tak nak majlisnya berjalan lancar dengan penuh barakah kan? Kenangan sekali seumur hidup bersama pasangan tercinta..  Saya pon nakkk.! HEHEHE



Urmm setelah mendapat perkhabaran gembira dari temanku itu, secara tak langsung dah macam saya pulak yang EXCITED nak kahwin. HAHAHA! Sebab saya pulak yang syok mencari busana pengantin dan pelamin yang saya rasa nampak simple dan cantik.. Majlis kahwin saya nanti saya memang berhajatkan yang simple dan sederhana. Rasulullah SAW pun galakkan buat majlis yang sederhana sebab lebih banyak barakahnya berbanding majlis yang serba mewah tue.. DAN saya sebenarnya tak suka nak duduk di kerusi pelamin bersanding bagai.. bak kata Ustaz Azhar Idrus, kamu boleh nak bersanding kalau kamu rasa kamu adalah ayam! Maksudnya, time bersanding kan ada adat merenjis? haa cuba bandingkan dengan situasi semasa bagi ayam makan.. bukan cara sama??? 



Apapun, saya nak share gambar sedikit hasil pencarian bersama Mr. Google.. Yang ini sesuai untuk majlis akad nikah.. Putih suci~








Ini pula pelamin yang simple dan cantik.. Bolehlah nak bergambar dengan family, sanak saudara dan rakan taulan semua kan.. 







Yang ini pula dalam bilik pengantin.. tak perlu pon tak pe sebenarnya.. tapi sudah menjadi adat kan bila orang kahwin je mesti kita akan masuk tengok bilik pengantin.. HAHAHA!






Haa baju nie pulak saya saja je.. nampak cantik kann.. pakai semasa menyambut tetamu pon boleh juga.. 







AND lastly, ini gambar Ashraf Muslim bersama isterinya.. Sama cantik, Sama padan.. baju diorang pon cantikk! HEHEHE









Friday, 7 December 2012

Outing di Sungai Kelantan



Salam sejahtera semua.. erm post kali nie merupakan kesinambungan daripada Woo0ooww! yang mana lepas saja habis makan di Restoran Wau hari tue, kami bershooting sekejap dekat sungai Kelantan. Berhampiran dengan Hotel Ridel dan juga pengkalan bot tambang bagi sesiapa yang hendak naik bot tambang untuk ke seberang sungai. Dekat situ juga ada menara kawalan dan kalau nak masuk dan naik ke atas kena bayar RM 1.00 seorang. First time naik situ, ingatkan seronok tapi biasa-biasa je rasanya.. Tak tinggi mana pon, cuma tangga nak naik tue berpusing-pusing sedikit, memang agak pening jugak la ini kepala haa.. keh keh keh..




Syali bersama motornya..





Berlatar belakangkan Sungai Kelantan..





Awan tebal yang disuluh cahaya..





Cantikkk..





Tanah tumpah darahku..





Khusyuk tengok bawah - ada apa?





Siap sedia untuk turun





Sempat ajer... kekekek





Cute erh..





Lumix photographer..





Tambatan di raja 





Nice view..




P/S : ThankQ sudi singgah di sini.. Kalau ada apa-apa pandangan yang ingin dikongsi, sila-silakan share dengan saya.. Jangan malu, jangan segan. Saya masih baru dalam dunia blog dan juga dunia photographer nie.. Masih banyak yang perlu dipelajari.. Sama-samalah kita perbaiki.. ^_^





Thursday, 6 December 2012

Woo0ooww!



Waduhh waduhh.. makan kat restoren terr.. keh keh keh.. Lagak gaya macam orang dah kerja, banyak duit.. Tapi hampeh.. kerja p0n tadakkk! wahahahaha.. Sekali sekala pergi makan restoren tak salah kann?? Tukar angin orang kata... Ermm kali nie pergi makan di Restoren Wau (yang dekat supermarket HanQ Jaya dulu)..alaa dekat dengan sungai, dekat dengan hotel Ridel rasanya.. Nak cari restoren nie? Senang jer,. pusing-pusing sambil cari papan tanda huruf jawi 'wau' yang besar gedabak punye, haa yang itu la kedainya! hik hik hik Tempat nie nampak macam eksklusif sikit.. tapi harganya berpatutan laa.. tade la murah sangat.. hehehe..




Lambat erhh makanan nak sampai...





Posing dulu...





Yummyyyy..... ABC!





Macam-macam ada..





Kuetiaw Kungfu.. Wacaaaaaa!





Perghhhh,..





Agak-agak boleh ganti Maria Tengku Sabri takk??





Fuhhh enjoy bebeno tuuuu..





Haaa bayar.. bayar...





Licin haaa...!





Menyempat aje....hehehe




 That's all from me n0w.. C yaa later..!  ^_^



Monday, 26 November 2012

The last hangout


The last day untuk hang-out bersama kawan-kawan yang tinggal jauh.. huhuuu.. Hari penghantaran jubah dan pengambilan skrol ijazah di PK.. Ramai betul orang... Kena beratur panjang lagi haa... Tapi sebelum hantar jubah, kami sempat la mengambil gambar depan canselori USIM.. But sadly, only for a moment.. Tak banyak gambar yang sempat ambil sebab hujan tiba-tiba turun daaa... Saya sendiri pon tak sempat nak masuk.. hukhuk.. 




Congratulations..





Saat menerima segulung ijazah..





Comeee orh bunga dieeeee..





Juz graduated~





Tahniah terrr...





Cek tudung dulu sat..





Tak dapat nak masuk sekali..huuuhu





YEAHHHHH!!




Apapun, selamat meneruskan perjuangan kengkawan semua.. Semoga jumpa lagi, InsyaAllah.. I'll try my best untuk pergi majlis perkahwinan kamu semua nanti.. Jangan tak jemput sudaaaaa... hehehehe.. ^_^ 





Sunday, 25 November 2012

Shoot again!!


Bhahahahahaha.. Eh tetibe ketawa besar? hehehe.. Okei, kali nie sekali lagi shooting lepas majlis konvo pulak.. Tempat lain pulak tauu.. PUTRAJAYA.. tengah-tengah panas pon boleh sempoi ambil gambar lagi.. Sampai hangus muka nie haaa.. hahahaha.. Layannnnnnnz......




Ambil feels dulu....





Bersiap-siap..





Now - Posing lerrr.....






Cantekkkkk~





Dah macam gambar wedding nampak... hahahaaha






Amboiii,. sakann yer...






Hooreyyy!!






Paw.. kehkehkeh





Control macho la kunun...




Okay, setakat ini saja.. Ya sudahlah.. hehehe.. C ya again!