Tuesday, 10 February 2015

Anniversary - Flora Kafe


Assalamualaikum semua!


Kali nie nak cerita pasal makan malam sempena ulang tahun pertama pernikahan kami di Flora Kafe. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, berkat kurnia dari-Nya setahun sudah kami berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri. And for our 1st Anniversary, we planned a candle light dinner at Flora Kafe, Ampwalk. 


Teruja dan teramat excited rasanya sebelum tiba hari Jumaat, 30 Januari 2015. Of course la, tak pernah ber-candle light dinner lagi sebelum ni kan..Hihihi.. Seminggu sebelum saya dah book awal-awal dengan Mel, manager Flora Kafe. Kene bayar deposit RM 100 dulu baru dia akan setkan date kita. Saya amik pakej makanan kampung sebab husband nak try asam pedas kat situ. Dengarnya ramai cakap sedap. Kek kami tolak sebab kami nak beli sendiri kat Secret Recipe, boleh jimat sikit dan boleh pilih kek yang kita suka.. Kalau amik pakej kemboja, total RM 195.50. Tapi sebab saya dah cakap tak nak kek awal-awal, so dapat kurang jadi RM 165.00.  


Tiba hari anniversary kami, husband kerja half day sebab dinner set jam 8 malam. Tambah pulak dengan jem kawasan KL, memang kena banyak bersabar la haiii.. Lepas Asar kami gerak, dalam kol 5 petang, jam 7 baru kami sampai di Ampwalk, Ampang tu. Memang rasa nak give up jugak bila dalam jem teruk macam tu, tapi kan dah bayar deposit. Rugi la kalau tak pegi kan....


Kami parking kat basement, then terus naik cari Flora Kafe. Dah tau tempatnya, kami cari surau dulu nak solat Maghrib. Tapi sebelum tu singgah Secret Recipe dulu. Pilih 2 jenis slice cake, saya punya chocolate indulgence, husband pilih cheese cake, total RM 15 sahaja. 


Perut pon dah berkeroncong, 8 malam kami terus ke Flora Kafe. Masuk bagitau waiter sana cakap dah booking, bagitau nama then die bawak ke tempat duduk kita. Hurmm memang penuh dengan bunga dan romantik la tempatnya. No wonder ramai yang puji tempat nie. Nampak jugak si Mel kat meja dia, tapi dia tak tegur pon. Review kat blogger lain, kebanyakan cakap dia friendly. But I can't see where is his friendly that night?. Never mind. 


Bila kami dah duduk, waiter sana terus nyalakan lilin kat meja kami. Sambil meneliti suasana di situ, banyak juga la snap picture sana sini dengan husband. Dia pon tersengih gembira je. Tak lama lepas tu, makanan kami sampai. Terus makan! Dah lapar sangat kan makan dengan jem tadi. Hahaha..


Husband cakap memang kaw jugak asam pedas nya.. Sedap. Ada ayam berempah, daging masak kicap, udang masak sambal dengan sayur goreng. Blurrpp! Alhamdulillah, habessss! Hihihi.. Lepas sajian utama, waiter bawak bubur hitam dengan kek. Haa kat sini memang agak KECEWA la sikit. Masa booking kami dah cakap majlis 1st Anniversary. Tapi dekat kek kami dia pacak kertas tulis Happy Birthday??! 


Apapun, walau sedikit kecewa, kami habiskan jugak bubur dan kek tu. Dah bayar, rugi la kalau tak makan kann.. Tak lama lepas tu, ada sorang datang ambil gambar kami berdua. 2 kali je dia ambil gambar dengan DSLR dia. Then terus kami bagi hp untuk snap picture kami. Blogger lain cerita start makan sampai kita keluar ada orang dia akan snap picture. But NOT for us! 


Disebabkan rasa kecewa, abis makan, bayar kami terus balik. Resit pon diorang tak kasi balik. So no proof la, tak boleh snap picture masuk sini. Overall, makanan, hiasan semua ok. Memang tip top! Tapi untuk servis, agak kurang bagi saya. Dari 10, saya boleh kasi 6 sahaja. My advice to others, cerita kita dengan bloggers lain tak kan sama. Don't expect that we can have the same situation like the others. Or else, you will feel disappointed!    


Outside cafe..


                                                   
                                Our table                                                              Desert: Bubur Hitam


Main dishes: Kampung style


Happy je diee....


I pon nak masuk picture gak..


The husband..


The wife..


Cake bought from SR


You & Me


Happy 1st Anniversary!






Wednesday, 28 January 2015

Almost a year!


Salam alaik!


Sedar tak sedar, dah hampir setahun pernikahan kami. Rasa macam baru je semalam majlis nikah! Kehkehkeh.. (Poyos)


Sepanjang tempoh nih, boleh dikatakan banyak jugak la kenangan pahit manis suka duka kami suami isteri. Gaduh-gaduh tak usah cerita la kan. Memang tak boleh nak avoid dah salah faham antara suami isteri. Walhal perkara kecik pon boleh jadi punca, sama-samalah bertolak ansur yer.. Tak boleh nak keras kepala sangat, jual mahal.. Remember your love, appreciate your relationship!


Apapun, tiap pengalaman boleh dijadikan pengajaran dan ingatan agar terus tabah dan berani untuk terus hidup di dunia sementara ini. Ikhlaskan hati, tawakkal kepadaNya.


Hurmm planning untuk 1st anniversary? Mestilah ada... Candle light dinner la kami.. Hihihi.. Tak sabar dah nih, lagi sehari je 30 januari. Nanti i kongsikan ke mane tempat dinner kami k! Chowww..


Monday, 5 January 2015

2015!

Assalamualaikum!


Wahhhh! Dah masuk tahun 2015 dah.. Cepatnya masa berlalu.. #31/01/2015 genap setahun me and cik suami nikah. Tak sangka erk dah setahun.. Alhamdulillah, semoga rumahtangga kami sentiasa diberkati Allah kekal hingga ke syurga. Ameen!


Tahun ni ramai kawan yang dah kahwin bakal jadi ibu. Bestnya! Happy bercampur cemburu kecewa jugak rasanya. Dah 8 bulan lepas keguguran hari tu, belum lekat lagi. Takut jugak kalau ada masalah rahim menyebabkan lambat pregnant ni. Tapi cik suami jenis positif dan sabar orangnya. Dia tak kisah lambat ke cepat, ada rezeki ada la. Teruskan mencuba katanya. Terasa kurang diri bila tak dapat nak bagi zuriat lagi. Cik suami dah masuk umor 32 tahun dah. 


Kekadang bila fikir positif memang tak risau apa. Tapi bila tetiba fikiran negatif datang jadi sedih pulak. Terasa kosong. Yela kan, kerja pon belum dapat ni kan pulak hamil. Kami tetap usaha. Cuma bila time period datang tu rasa kecewa nya. Ada 1 bulan tu period lewat 4 hari. Ingatkan ada peluang. Namun pagi esoknya dah segugut period. Hukhuk..


Sekarang ni kami ambil folic acid tiap hari. Cik suami on off jugak la, kadang makan kadang tak makan. Harapan saya tahun ni dapat conceive untuk hamil semula, nak jadi ummi. Tak dapat tahun ni, tahun depan. Dan depan, dan depan. Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.


And lastly, sampai sekarang pon tak dapat kerja ni macamana? Oh rindu rasa nak kerja, hujung bulan dapat gaji. Hehehe.. Orang lain senang pulak dapat kerja, tapi saya kena usaha lebih lagi. Moga saya tak putus asa. Cuba dan terus mencuba dan mencari...



Wednesday, 31 December 2014

Penghujung 2014

Salam alaik!


2015 bakal tiba. Menggantikan tahun 2014, tahun yang penuh dengan kenangan manis pahit masam musim.. Memori yang tidak akan luput dan senantiasa kekal bersamaku.


Awal tahun aku telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihanku. Pengenalan singkat tapi Alhamdulillah telah membuahkan mahligai yang diimpikan selama ini. Masih belajar untuk menjadi isteri solehah bagi kekasih halalku dan ummi kepada bakal anak kami suatu hari nanti dengan izinNya Insyaallah.


Bukan rezeki kami untuk menimang cahaya mata, hujung April aku telah keguguran. Sedih memanglah sedih, tapi berkat sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan membuatkan aku kuat dan yakin Aku juga akan jadi ummi bila tiba masanya. 


Disebalik duka ada suka. Alhamdulillah cik husband dinaikkan pangkat, gaji pon naik la. Hihihi.. So plan nak duduk rumah sendiri. Sebelum ni stay dengan mertua dulu. Cari dan mencari, bulan Jun dapat jugak kami menyewa di Sungai Long dengan harga rm450. Buat masa ni duduk la sini dulu, nanti dapat rezeki lebih boleh la beli rumah sendiri kan.. 


September pulak kami dapat jugak bercuti ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. Our first honeymoon. Seronok sangat tapi bab shopping tak usah nak cakap, melayang abes duit! Hahaha. Tapi hujung September dah resign kerja sebab masalah sikit dengan beberapa staf situ sampai naik stress aku! So menganggur la sampai sekarang....


Nak cakap menganggur saja tak jugak. Dapat jugak la kerja sebagai surirumah untuk husband i..Hihihi. Tapi keinginan nak kerja masih ada dan sampai sekarang still duk apply kerja la. Dah banyak pergi interview tapi belum ada yang sangkut. Ada juga terpaksa jadi bidan terjun dalam account tapi sehari je dah berhenti sebab miscommunication dengan orang interview tu. Salah info. Huhuhu.


Pertengahan December sempat buat part time jadi enumerator untuk 2 minggu. Tolong buat survey untuk Sistem Mata Demerit, under MIROS la ni. Gaji kira hari tapi lambat la dapat. Dengar kata taun depan tapi tak tau tarikh tepat nya. Hurmm nak tak nak terpaksa la tunggu....


Apapun, penghujung tahun 2014 memang agak mencabar dan kritikal jugak sebenarnya. Yela, si husband je kerja. Dia yang bayar semua sewa loan semua, nak shopping benda lain memang tak sempat la. Tapi Alhamdulillah makan still cukup. Semoga tahun 2015 dapat la kerja, boleh bantu ringankan beban cik suami. ^_^







Saturday, 11 October 2014

Eid-Adha

Assalamualaik!


Tiba sudah hari pengorbanan lembu..Hihihi Selamat Hari Raya Eidul Adha.. 


Semestinya beraya di Kelantan jugak kali ni. Pagi-pagi seusai Solat Hari Raya di masjid, kami terus ikut ma dengan ayah balik Bunut Payong. Dah lama tak tengok lembu disembelih. Hajat di hati nak jugak korban tapi terlambat pulak, dah tade lembu dah. So dapat tengok dan makan sahaja..


Petang pulak sempat ber-dating dengan cik abang ke PCB. Jalan-jalan ambil angin dan gambar, pastu makan colek. Kali ni baru berkesempatan bawak dia ke sini sebab jarang dapat balik kan.. Harapnya tahun depan dapat la buat korban dengan duit sendiri yer, Insyaallah... Niatnya ada..



Pengorbanan lembu..



Kulitnya dilapah



                                       
                     Pantai Cahaya Bulan                                                       Nun di sanaaa...



Colek seround 




Tuesday, 30 September 2014

Trip ke Langkawi!!

Assalamualaikum!


Alhamdulillah.. 
Rancangan kami untuk ke Langkawi tercapai sudah... Our first honeymoon after 8 months..Hihihi. 


Boleh dikatakan budget trip la jugak kali nie, cuma part shopping tu memang totally out of list! Hahaha.. Orang kata kalau dah ke Langkawi memang tak sah la kalau tak shopping kat Haji Ismail Group dengan Idaman Suri.. Duit mengalir macam air... Phewww.. Sesape yang hantu coklat dan pinggan mangkuk sudu garfu diwajibkan la ke sana ye... ^_^


Kami drive bergilir dari Kajang ke jeti Kuala Perlis, bertolak 7 pagi sampai jeti kol 2.30 petang. Feri kami kol 3 baru bertolak, so dalam kol 4 kot baru sampai jeti Kuah. Awal-awal memang kami dah booking kereta dengan Kak Erni. Memang murah berbanding dengan yang lain, RM150 kereta viva untuk 3 hari.. Amacam? Ok kan.. Nak sewa kereta dengan dia boleh contact no ni - 0195086386.


Dapat kereta je kami terus cari penginapan kami kat Cenang, T Star Cottage. RM55 semalaman just tempah kat booking.com. Biliknya kecik je tapi okay la kan, sebab niat nak berjalan makan angin bukan nak duk bilik je.. Lagipun, bajettttt.. Hehehe


Memang banyak tempat kat Langkawi ni cuma kami pergi mana yang sempat saja seperti naik Cable Car, Island Hopping, Underwater World, pasar malam Kuah dll.. Tempat makan pon banyak pilihan, so tak rungsing sangat la. Jalan nak ke airport tu ada banyak gerai bukak kat tepi2, sempat jugak la kami merasa sambil menengok pemandangan pantai. Best!


Pendek cerita, Langkawi memang besttttt sangat tempatnya. No wonder la setiap masa ramai orang ke sana. Cuma satu saja nasihat saya. Simpan extra money untuk shopping!!


             
                                                               COKLAT!! SWEET...


Kedai tepi jalan nak ke airport..


                                                   
               Photographer                                                                                     Mengelamun


Jom berlayar



Nasi ayam chenta



Mesti singgah!



                                        
                                 Dayang bunting                                                 Catch the bird!



Sakan no shopping..



~Jumpa lagi Langkawi~




Thursday, 18 September 2014

Happy Birthday Cik Suami!

Yeayyy! Surprise menjadik! Hehehe


Plan nak suprise kan cik suami di hari lahirnya berjaya juga. Berkat usaha dan pertolongan orang terdekat jugak. Mekasih yaa..


Kebetulan handphone dia problem, keypad susah nak tekan dan speaker pon tak berapa nak dengar. So kita bagi new smartphone la ye. Duk usha-usha talipon ni pening jugak tak tahu mana nak pilih. Tanya kawan, kawan cakap bagi yang dia minat jenis macamana. Cik suami tu jenis tak memilih orangnya. Cari punya cari, last2 Sony Xperia E1 jadi pilihan. Teman pejabat pon cakap okay. Nak beli yang mahal tak cukup bajet. Huhuhu..


Lagi satu hadiah, 10kg dumbell set. Sebelum ni pernah dengar dia tengah survey harga dumbell tu. Kebetulan, ada nampak dumbell tu bawah katil kat rumah akak so tanya la dia. Dah guna ke belum. Katanya belum bukak pon, siap berikat lagi ha. Dah berzaman duk bawah katil tapi abang ipar tak pernah bukak or guna pon lagi. Jadinya, tawar menawar dengan akak la, beli dengan dia. Harganya? Kurang siket dari market price..


Hurmm hadiah dah dapat, lilin je belum beli lagi. So ajak la cik suami berjalan ke DIY sambil beli barang dapur. Amik lilin bulat2 kecik dalam 5 pack terus bayor. Cik suami tanya nak buat apa banyak2 nie? Alasan: Standby la kot2 tade letrik nati...


Dan bila tiba hari lahirnya, ingat nak beli kek lunch nanti. Tapi teman sepejabat lagi laju, terus dia mintak duit kat lady bos cakap nak beli kek untuk Ijan. So petang tu dapat la makan kek Secret Recipe free..Alhamdulillah.. Petang, dah sampai rumah. Masa naik tangga cakap kat cik suami amikkan barang tertinggal kat bonet kereta. Saya pon laju naik ke rumah, bukak pintu, susun lilin tapi tak sempat nak nyalakan api dah cik suami ketuk pintu. Tersengih je dia dengan muka terkejut duk bawak dumbell dia. Masuk rumah tengok lilin, tersengih lagi sekali. Boleh nampak muka terharu dia yang comel tu. Terus dapat kiss! Auwww! Hihihi.. Pastu, kami sama-sama nyalakan lilin tu..


Oh ya, tefon tu i dah terkasi awal. Malam sebelum hari lahirnya. Muka terkejut jugak die! Misi: BERJAYA!



                           
                                   Sedapnya!                                                   Jom potong kek!


Excited cik suami


                                        
                      Belum nyala..                                                                        Dah nyala...



Cik suami dengan dumbell